Thursday, December 20, 2012

Neraka Atau Syurga ?




LaillahHaillAllah ,. Tiada Tuhan selain Allah ,.

Kenapa kita masih lagi percaya pada sains barat ? sedangkan Nabi Saw apabila ditanya bilakah kiamat akan berlaku ,. Dia kekasih Allah itu sendiri pun tidak dapat menjawabnya. Ingatkah kita pada kisah Nabi apabila sahabatnya bertanya " berapakah usia bumi , " lalu nabi menunjuk ke pada sahabatnya perempuan tua yang bongkok bertongkat yang sangat uzur ,. Ya Allah ,. sedangkan perkara itu sudah berabad berzaman beralaf lamanya ,. Berapakah usia bumi kini ? Sedarkah kita ? mungkin bumi sedang nazak .. sedang terlantar menunggu seruan Allah swt untuk malaikat mencabut nyawanya ..



Dikhabarkan tentang perkara bahawa esok akan berlakunya kegelapan 3hari berturut-turut ,. Orang-2 kafir sudah mula memikirkan ianya adalah kiamat yang bakal tiba,. Jika anda memilik Broadband Maxis ,. anda akan dapat membaca artikel yang telah ditulis dan dishare di MyLauncherPad.com . Astafirullah.. tidak banyak perbezaan mereka yang kafir dengan kita yang islam. Kenapa kita berfikiran seperti mereka yang kafir? Lupakan sejenak tentang ini.

Kita berbalik pada Hari Kiamat . Jika kita sedar Kiamat sudah menghampiri kita kenapa kita masih lagi bermain dengan duniawi yang bersifat sementara ini ? Mulut sekadar berkata " Ya Allah takutnya aku . ,. " yang paling menyedihkan .... " Ya Allah , aku nak kahwin dulu lepastu nak kiamat-kiamat" .. Hmm.. kenapa kita tidak berkata " Ya Allah , aku nak mahu bertaubat , kembali ke jalan MU sebelum hari itu tiba Ya Rabb "  ?? kenapa wahai sahabatku ?  kenapa kita lebih memilih untuk ke Neraka Jahanam dari Syurga yang Allah sediakan untuk kita dengan sejuta Keindahan ..

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka karenanya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." (Al Anfaal QS:8:2)

Kalau kita mahukan sesuatu yang baik, kembalilah ke jalan Allah swt , kerana tiada apa yang buruk yang datang dari Nya ,. Tadahlah tangan mu , ambil lah wuduk,. bentangkan sejadahmu..  berdoa dan solat lah.. Tutupkan lah bahagian yang terbuka pada dirimu.. Bermaaf-maafan lah kamu sesama manusia , dan kembali lah kamu di sisi Nya ,. Kiamat sudah menghampiri kita. Waallahualam ,.