Friday, January 4, 2013

Mati Tanpa Iman


Assalamualaikum , semoga hari ini baik dari hari sebelumnya dan kita belajar dari segala kesilapan semalam ,.insyaallah..Untuk permulaan 2013 , lembaran hari ketiga untuk lembaran 365 hari ini buat pertama kalinya ia menjadi sesuatu yang aku yakin tidak akan sesiapa lupakan dalam batch sesi December 2012 untuk pelajar-pelajar dan aku disini..

Alhamdulillah ,. bersyukur ke hadrat illahi kerana aku dan rakan-2 seperjuangan lahirnya adalah sebagai seorang muslim..memilik keteguhan iman yang kuat ,.apa yang berlaku hari ini sedikit sebanyak sebenarnya mengajar aku dalam diam dari setiap sudut pandangan yang aku lihat...


pukul 4.45pm

" syifaa ,. kau duduk blok berapa ? "

dan pantas aku menjawab " B2 ,. kenapa ? " ...

" habis lah kaau..ada budak mati bunuh diri kat blok kau " 

dan dengan pantas aku menyusun ayat " haaa ? biar betul .. tipu laah ! " 

Cepat-2 aku berjalan sambil tanpa henti menyuruh ayu untuk berjalan sepantas aku ,. konon tak sabar lah nak tau betul ke tidak ,.sampai saja depan blok ,. " Ya allah , betul laah.. !" ............... kereta polis dua tiga buah , dan terlalu ramai pelajar yang tanpa henti bertanya apa yang berlaku...hampir satu jam aku berdiri di hadapan blok untuk melihat sendiri apa yang berlaku ,. dan akhirnya segalanya terjawab...

si mati adalah non-muslim .. apabila mayatnya betul-2 berada dihadapan di depan mata aku sendiri di usung memasuki trak mayat ,. Satu sahaja yang berada di pemikiran aku..iaitu .. " Ya Allah , sesungguhnya kau peliharalah aku dari segala perbuatan ini, dan sesungguhnya jika kau ingin mematikan aku suatu masa kelak ,.. kau matikan aku dalam keadaan islam dan dalam keadaan yang mudah dan tanpa keaiban ku dibuka di khalayak sebegini ,. sesungguhnya, hidup dan matiku hanyalah UntukMu Ya Rabb,. " ...

Kerana seorang manusia yang bernama lelaki itu wanita lemah, wanita tewas , wanita musnah , wanita hancur , .. Astafirullah.. ,.semoga saudara seislam ku tidak memiliki pengakhiran sebegini.. Bunuh Diri kerana diri tewas dalam pencintaan,. Adakah itu yang kita inginkan hidup sebagai umat Nabi Muhammad Saw ? ..Kita bukan mengikut pengangan agama hindu yang percaya akan kehidupan semula selepas mati,.... Allah itu telah menjanjikan sesuatu diakhirat sana ,. Insyallah ,. segala yang berlaku hari ini menjadi sebuah pengajaran dam iktibar kita bersama ,. BUNUH DIRI bukan lah jalan penyelesaian masalah ,. malah,.. bukan begini caranya nak tunjuk bertapa kita Mencintai Seseorang :')


wassalam