Monday, December 17, 2012

SubahanAllah


Ia sesuatu yang baru bagi aku sebenarnya , mungkin bagi orang lain " alah aku dah biasa nampak " ., untuk pertama kalinya aku tengok keindahan dan kebahagian yang Allah bagi pada setiap orang . tapi kita sebagai manusia yang sempurna sifatnya ini memang lah " alaah biasa je aku rasa , " tapi lagi sekali aku cakap ini luar biasa bagi aku . petang tadi aku dan classmate aku pergi lah cafe cerita dia nak makan lah , lapar sebab tengah hari tak makan . waktu aku turun tangga dari blok aku aras 3 dari atas lagi aku nampak sepasang hamba Allah adam dan hawa berjalan dari arah pusat islam menuju ke cafe , dan aku buat tak tahu je lah sebab aku ingat benda tu biasa lah ,. tapi bila aku dah lepas ambik nasi ,. dan duduk disebuah meja ,. baru aku sedar meja yang berhadapan dengan aku adalah pasangan yang aku nampak sewaktu aku turun tangga .

mula-mula tu aku rasa macam " ohh dating lah tu .. " tanpa melihat gelagat mereka berdua,. elok je aku menyuapkan nasi ke mulut ,.anak mata mula berkeling dan memandang gelagat mereka pasangan adama dan hawa tu ,. dan apa yang terdetik dalam hati aku hanyalah " subahanallah , tuhan tu maha adil , maha pemurah , maha penyayang  dan segalanya " ,. kenapa? pasangan adam dan hawa tu lelakinya memilik rupa yang sangat kacak bagi aku lah,. dan si perempuannya memiliki rupa yang sangat manis , ayu dan cantik tetapi kedua mereka adalah bisu .

Ye , dulu aku jahil .. aku keji dan aku hamba Allah yang tidak pernah mengingatiNya ,. sejak hati aku mula terdetik untuk menjadi yang terbaik untuk Allah , Ibubapa , Keluarga dan Diri aku . Aku mula menikmati keindahan ciptaan tuhan yang tidak sikit pun ada cacat celanya ,. Aku terfikitr sejenak ,.
" Sebelum ini aku mempunyai seorang teman lelaki yang aku sangat mencintainya , tapi kenapa aku tidak merasa keindahan ? , tapi kenapa aku melihat mereka aku merasa mereka ada sesuatu yang aku tidak pernah miliki " ..

Mereka ada kesefahaman , kesabaran , keyakinan , dan mereka ada Nur ,. mengapa? mereka bisu,. berbicara berinteraksi semua dengan mengunakan pergerakan tangan ,. tetapi sesama mereka saling memahami ,. setiap pergerakan mereka memerlukan masa yang lama untuk membentuk satu ayat yang mereka nak sampaikan , tetapi antara mereka saling bersabar untuk melakukanya ,. mereka yakin dalam apa yang mereka sampaikan dan mereka ada nur sebab astafirullah,.. aku bercouple sebelum ini semuanya dengan dosa-2 kerana menghampiri zina ,. tapi mereka ,. lain ,. tidak seperti kita manusia yang sempurna fizikalnya ,. jauh perbezaan mereka . Hanya mata yang menjadi saksi,. susah untuk aku ungkapkan disini. hmm

"Ya allah , sesungguhnya aku ingin menjadi wanita yang solehah ,. sesungguhnya aku takut dengan bayangan masa silamku yang hitam yang bergelumang dengan dosa-2 ,. aku tidak tertanggung lagi ya allah ,. semoga kau terus menguatkan imanku untuk terus berada dijalan Mu,. amin "